Thursday, May 27, 2010

SELAMAT DATANG KE PROGRAM SCORE A

MENGENAI KAMI

Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah "pembelajaran output", kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.  Ramai pelajar yang hanya melakukan pembelajaran input - membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.


WAWASAN KAMI

Di dalam hati kita, sering kita menaruh harapan terhadap anak-anak. Tanpa disangkal lagi, banyak faktor luar yang turut menyumbang di dalam pembentukan kehidupan anak-anak. Walaubagaimanapun sebagai ibubapa, kita mampu memberi kelebihan di titik permulaan kepada mereka sejak dari awal lagi.

'Mahu atau tidak,itulah persoalannya' ("to be or not to be,that is the question") kata-kata masyhur yang dipetik dari Hamlet oleh Shakespeare yang mana kita selalu bertanya pada diri kita dan terutamanya anak-anak kita. Apakah mereka akan jadi? apakah yang kita inginkan mereka jadi? Yang penting sekali, apakah kita tidak ingin mereka jadi? perbezaannya ialah, sejauh manakah kita sanggup berkorban untuk masa depan anak-anak kita.


LEMBAGA PENGARAH


Mr. Jason Kok Min Chong

Presiden dan Group CEO

Jason Kok telah diakui sebagai “Top Networker” dan “Walking Testimony” antara networker terunggul dalam industri MLM. Sebagai juruaudit bertauliah, kerjaya beliau bermula dengan Pejabat Ketua Audit Negara dan ditugaskan di Jabatan Hasil Dalam Negeri berhenti dalam tahun 1986. Beliau menyertai sebuah merchant bank selama 3 tahun sebelum meninggalkan sektor koperat dan melibatkan diri sepenuh masa dalam industri MLM hingga kini.


Selama 25 tahun berkecimpung dalam MLM, beliau bukan sahaja bertanggugjawab mempelopori perkembangan dan hala tuju syarikat, malahan kepakaran beliau terbukti sebagai MENTOR kepada Kenshido International.


En Jason Kok sebagai “living example” yang paling mengutamakan pengamalan kejujuran dan keikhlasan dua hala antara syarikat dengan networker.

Kepakaran:
  1. Pengurusan kewangan
  2. Pembina impian
  3. Perhubungan Networker
  4. Latihan sistem
  5. Sokongan sistem.


Executive Iron Lady


Puan Norlia telah terlibat dalam penubuhan Edu-2U Portal Sdn Bhd dan bertanggungjawab mengadakan hubungan dua-hala dengan kerajaan. Selepas menghabiskan masa selama lebih 20 tahun bekerja dengan berbagai kementerian (di antaranya, termasuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Puan Norlia, melalui rangkai kerja hubungannya yang luas, telah terbukti sebagai aset yang sangat berharga kepada perniagaan Syarikat ini.



Dato’ Ghazali Bin Uda Umar
Director of ScoreA™ Worldwide Sdn Bhd
Education Director

Dato' Ghazali merupakan seorang pendidik yang berjaya yang mempunyai lebih 39 tahun pengalaman dalam pendidikan. Beliau telah memperoleh ijazah Sarjana dalam Pendidikan dari University of Alberta, Kanada. Malahan, beliau juga merupakan seorang siswazah dari University Melaya dengan B.A. (Hons) dan pemegang "Diploma in Higher Education Admin" dari University of London.


Dalam bidang pendidikan, Dato' Ghazali pernah memegang beberapa jawatan penting seperti Bekas Pengarah Pendidikan di Melaka, Pulau Pinang dan Perak; Timbalan Pengarah Pendidikan di Pahang dan Johor, Pengetua di Sekolah Menengah Sultan Abdul Aziz di Teluk Intan, Perak; Pengetua Sekolah Alam Shah; Penyelia Kanan Bahagian Latihan Guru, Kementerian Pendidikan; Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Perak.


Dengan pengalaman dan kepakarannya yang sangat luas, Dato' Ghazali telah banyak menyumbang kepada kejayaan Syarikat ini.



 Issued and fully paid
RM 5 million





PELANCARAN PORTAL PENDIDIKAN SCORE A
PERINGKAT NEGERI JOHOR
OLEH
Y.B. Dato Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein
Menteri Pelajaran Malaysia, 3-3-2006





MESEJ DARI TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN


Message from Y.B. Dato’ Aziz Shamsuddin,
Deputy Education Minister

 Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan,
di Pelancaran Perasmian Portal Pendidikan Interaktif
SCORE A PROGRAMME™pada 25 Ogos 2002 


Syabas kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd atas usaha mereka kerana mampu menganjurkan program ini dengan jayanya.

Ledakan teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi. Pengaruh globalisasi menjangkau ekonomi, teknologi, bahasa, budaya, ideology, pendidikan dan dari segenap aspek kehidupan masyarakat. Perubahan teknologi terutamanya perkembangan pesat yang berlaku dalam teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah mengubah cara kita berfikir dan berkomunikasi.

Generasi muda harus mempunyai ilmu dan kemahiran dalam teknologi ini. Di sinilah rasionalnya kerajaan khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia bertindak merealisasikan matlamat ini dalam pendidikan bermula dari peringkat sekolah rendah ke peringkat pengajian tinggi. Anjakan paradigma harus berlaku kerana masa tidak menunggu kita lagi. Warga pelajar harus disediakan untuk menguasai dan menerokai medium teknologi maklumat dan perkembangan ilmu pengetahuan untuk memampukan mereka mampu bersaing dalam dunia global. Gelombang baru yang berlaku dalam pendidikan dengan menggunakan teknologi maklumat wajib diterima.

Keprihatinan kerajaan dalam isu ini di kalangan generasi muda sepatutnya disahut oleh semua pihak bagi memastikan kemampuan kita bersaing menguasai maklumat serba canggih. Perjuangan bangsa bukan sahaja terletak diatas bahu kita tetapi kita harus berganding bahu dengan generasi sekarang. Disini jelas menunjukkan komitmen kerajaan dalam merealisasikan cita-cita murni ini.

Bertitik tolak dari inilah usaha Edu-2U Portal Sdn.Bhd. harus dipuji. Inisiatif syarikat ini harus dilanjutkan ke seluruh negara. Badan-badan kerajaan dan swasta sepatutnya mengambil tanggungjawab dan bertindak untuk memastikan usaha ini direalisasikan.

Saya telah dimaklumkan juga bahawa syarikat Edu-2U Portal Sdn.Bhd., merupakan syarikat perintis menghasilkan program yang komprehensif untuk pelajar. Lebih membanggakan modul pembelajaran yang disediakan bersifat interaktif dan dwibahasa. Kejayaan inovatif ini mampu mengubah persepsi masyarakat terhadap kemampuan pelajar dalam menguasai Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

Usaha untuk melahirkan portal pendidikan interaktif Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris ini amat saya kagumi. Teknologi berubah menuntut semua perubahan termasuk cara kita belajar. Saya yakin jika program ini dimanfaatkan dengan baik ia dapat menbantu pelajar kita dalam penguasaan bahasa, ilmu matematik dan sains.

Syabas sekali lagi kepada Edu-2U Portal Sdn.Bhd yang menunjukkan keprihatinan mereka untuk menyahut gelombang baru dalam dunia pendidikan. Portal pendidikan interaktif ini mampu melahirkan masyarakat celik IT yang bermula dari peringkat kanak-kanak seiring dengan berpatah Melayu “ Melentur Buluh Biarlah dari Rebungnya”

Dengan kata kata itu, maka saya dengan besar hati merasmikan Pelancaran Portal Pendidikan Interaktif Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.

Y.B. Dato’ Abdul Aziz Shamsuddin
Timbalan Menteri Pendidikan

 
 
PELANCARAN SAINS DAN MATEMATIK BAHASA INGGERIS
 
 
 



PENGESAHAN PIBG